Anak dilahirkan sebagai seperti kain putih, bersih dari dalam fitrah Allah / Rasul. Ibu Muslim mestilah bercita-cita untuk jadikan anak yang soleh / solehah. Oleh itu bermulalah dari dalam kandungan lagi. Caranya :- Semasa ibu mengandung banyak beribadat, membaca Quran terutama Surah-surah disarankan kandungan masuk minggu ke 16 - Surah Yusuf kandungan masuk minggu ke 24 - Surah Lukman kandungan masuk minggu ke 36 - Surah Maryam Bila seorang wanita berkahwin, tinggalah emak, bapa, keluarga, saudara mara yang tercinta. Bila digelar isteri, dia mesti mengutamakan suami dari semuanya. Kalau tidak, ia digelar isteri derhaka oleh Allah. Rasullulah SAW bersabda :- mana-mana perempuan yang berdiri atas 2 kakinya membakar roti bagi suaminya, sehingga muka / tangan kepanasan api itu, maka diharamkan muka / tangan dari kebakaran api neraka. Dan mana-mana perempuan menunggu suami pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan hamparan duduk, sediakan makanan / minuman, direnunhnya muka sua...